Vision, Mission, Values & Goals PERKIM

Visi

Menjadikan PERKIM sebagai sebuah NGO Dakwah Antarabangsa.

Misi

Menjadikan PERKIM sebuah NGO penggerak terunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan Antarabangsa.

LIMA ELEMEN UTAMA PERKIM

Dakwah

Meningkatkan aktiviti dakwah kepada masyarakat Malaysia dan Antarabangsa.

Pendidikan

Meningkatkan kefahaman Islam melalui pendidikan yang tersusun.

Kebajikan

Mengusahakan agar kebajikan masyarakat tersusun.

Kerjasama

Meningkatkan kerjasama dengan Badan-badan Kerajaan dan lain-lain badan yang sealiran.

Lain-Lain

Memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang mampu mencapai segala tujuan PERKIM. Dalam merealisasikan objektif penubuhannya, PERKIM mempraktikkan penyebaran syiar dakwah Islamiah berdasarkan kerja-kerja kebajikan yang terbukti telah memberi manfaat kepada semua kelompok masyarakat, sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam.